Friday, November 20, 2009

Lawatan Tapak Bersama Kontraktor Sampah

Satu lawatan tapak telah dilakukan bersama Pengawas MPKj, En. Yusni serta kontraktor-kontraktor berkenaan ke Taman Seri Melur, Seksyen 7, 8 dan 9 Bandar Baru Bangi. Di Taman Seri Melur beberapa masalah telah di kenalpasti termasuk rumput tidak dipotong mengikut jadual, longkang tersumbat, sampah haram dan penggunaan premis untuk tujuan yang tidak sesuai di kawasan taman perumahan. Di Seksyen 8 terdapat beberapa lokasi yang rumput tidak dipotong serta sampah pukal yang tidak dibersihkan oleh pekedai telah diambil perhatian untuk tindakan lanjut oleh pihak kontraktor dan MPKj. Sementara itu di Seksyen 9, beberapa pengusaha restoran telah ditegur tentang tahap kebersihan lorong di belakang kedai masing-masing. terdapat juga kes rumput yang tidak dipotong mengikut jadual. Kontraktor telah dimaklumkan dan akan mengambil tindakan seberapa segera.

Saya mohon kerjasama penduduk untuk pantau kontraktor di kawasan masing-masing dan membuat aduan sekiranya kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh kontraktor tidak mengikuti spesifikasi. Contohnya sampah mesti dikutip 3 kali seminggu dan rumput dipotong 2 minggu sekali.

Monday, November 16, 2009

TAKLIMAT DERAF RANCANGAN TEMPATAN

Seperti yang saudara maklum iaitu Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Deraf Rancangan Tempatan untuk 4 daerah Negeri Selangor termasuk Daerah Hulu Langat di bawah pentadbiran MPKj. Kini deraf-deraf rancangan tersebut boleh perolehi dan diteliti di ruang legar MPKj sehingga bulan Disember.



Sebagai salah satu usaha untuk merakyatkan pentadbiran Negeri Selangor, satu taklimat khas Deraf Rancangan Tempatan MPKj akan diadakan pada Selasa 24/11/2009 mulai jam 8.30 malam bertempat di Mini Teater, Tingkat 6, Menara MPKj. Taklimat ini dikhaskan kepada wakil-wakil Jawatank Penduduk, JKKK serta NGO.



Saudara dialu-alukan untuk hadir bersama di taklimat ini dan seterusnya dapat memberi maklumbalas terhadap Deraf Rancangan kawasan kita yang akan digunapakai sehingga tahun 2020. Oleh kerana tempat adalah terhad, silalah daftar penyertaan saudara melalui pejabat MPP Zon 21 atau telefon 8925 7049.

Thursday, November 12, 2009

TURUN KE PADANG - 12 Nov

Khamis 12 Nov - Saya bersama En. Yogeswaran (No tel : 019 -3062945), dari Jabatan Perhidmatan Bandar telah membuat lawatan ke taman-taman dibawah seliaan beliau untuk memantau kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan oleh para kontraktor. Lawatan ini turut disertai oleh kontrakor-kontraktor terbabit. Lawatan ini akan dibuat sebulan sekali untuk beberapa bulan akan datang dan bertujuan untuk meningkatkan piawaian kebersihan yang harus dilakukan oleh para kontraktor. Taman-taman yang dilawati pagi tadi ialah Taman=taman Sri Ramal, Ramal Indah, Bukit Meringin, Desa Meringin, Perumahan PKNS, Desa Dahlia, Ramal Suria, Ramal Desa, Ramal Ros, Jalan Teratai 6 dan Desa Surada.



Lawatan ke taman-taman lain dalam Zon 21 akan diatur bersama En. Yusni (019-3244300), dari Jabatan yang sama pada minggu hadapan.



Sementara itu saya alu=alukan maklum balas penduduk Zon 21 mengenai kerja-kerja pembersihan atau khidmat MPKj melalui Jawatankuasa penduduk masing-masing, En. Yogeswaran, En Yusni atau saya sendiri.

TURUN KE PADANG - 8 Nov

Ahad 8 Nov - Kira-kira jam 4,45 petang saya bersama Tuan Haji Yusoff, Ketua Kampung, Kg. Sg. Ramal Luar telah melawat Kedai PLB di simpang Sg Ramal Baru dan Lebuhraya Silk. Lawatan ini dibuat berlanjutan dari aduan penduduk Taman Kenari kerana terdapat kacau ganggu bau busuk dari sisa buangan proses makanan dari salah satu kedai tersebut. Kita telah mensihatkan pengusaha berkenaan untuk cuba mengatasi masalah tersebut. Bahagian kesihatan juga akan dimaklumkan perkara ini supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Tuesday, November 10, 2009

PERTANDINGAN BOLING MESRA MPP ZON 21

Satu Pertandingan Boling Persahabatan di antara Ajk-Ajk Persatuan Penduduk di dalam Zon 21 serta Pertandingan Boling Belia Zon 21 akan diadakan serentak pada 13 hb Disember 2009 bertempat di Ampang Bowl, Metro Plaza, Kajang.



Untuk Boling Persahabatan diminta setiap Jawatankuasa Penduduk serahkan 3 nama peserta sebagai wakil. Ketiga peserta ini seboleh-bolehnya harus terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha atau AJK lain

Untuk acara belia pula, setiap Taman perlu menghantar 3 wakil belia berumur diantara 18 - 35 tahun.

Semua nama wakil perlu diserahkan kepada Puan Fatihah di pejabat MPP Zon 21 pada atau sebelum 30/11/09.



Mohon kerjasama sepenuhnya daripada tuan-tuan untuk menjayakan acara di atas untuk tingkatkan taaruf dan silatur rahim di kalangan anggota Zon 21 agar kita dapat tingkatkan semangat kebersamaan sebagai persediaan menempuh tahun 2010 dengan lebih bersemangat lagi.



Terima kasih

Saturday, November 7, 2009

PROJEK JALAN, LAMPU DAN LONGKANG

MPP Zon 21 ada peruntukan sebanyak RM100,000 untuk digunakan oleh taman-taman dalam Zon 21. Dana ini perlu digunakan sebelum akhir tahun ini untuk projek-projek jalan, lampu jalan, longkang dan perabut jalan. Saya harap Jawatankuasa-jawatankuasa Penduduk Taman dapat mengemukakan projek yang handak dipohon seberapa segera. Hari terakhir permohonan harus sampai ke pejabat saya ialah Jumaat 13 November 2009.



Oleh kerana bajet ini terhad ,saya akan memberi keutamaan kepada peojek-projek yang lebih mendesak. Terima kasih

Tuesday, November 3, 2009

AKTIVITI BULAN NOVEMBER 2009

Mesyuarat Penubuhan JMB Gugusan Apartment Seri Tanjung Seksyen 7


Mesyuarat ini telah dianjurkan oleh pihak PKNS dan dihadiri oleh para prnduduk Seri Tanjung pada Ahad 1 November bermula 9.00 pagi bertempat di bawah blok 7' Saya telah turut hadir atas permintaan oleh Pengerusi JK Penduduk, Encik Omar Amri untuk memantau perjalanan mesyuarat. Mesyuarat telah berjalan dengan tidak begitu lancar kerana pada pandangan saya pihak PKNS telah mengandalikan mesyuarat tersebut secara kurang professional. Contohnya, maklumat yang diberikan kepada penduduk tidak mencukupi. Mesyuarat lanjutan akan diadakan setelah penduduk diminta berbincang dengan pihak COB. Saya akan membantu sewajarnya agar penduduk mendapat balasan sebaiknya dari pihak pemaju sebelum mengambil alih pengurusan penyelenggaraan premis-premis mereka.


Wassalam