Tuesday, November 3, 2009

SALAM PERKENALAN



ASSALAMUALAIKUM WR WB DAN SALAM SEJAHTERA





Kepada semua warga penduduk di Zon 21 MPKJ.





Apa khabar saudara semua.? Nama saya ialah Yusoff Bachek wakil saudara di Majlis Perbandaran Kajang. Sebagai seorang Ahli Majlis MPKj, saya adalah suara saudara yang tinggal di Zon 21 MPKj ( iaitu kawasan yang meliputi Seksyen 7, 8 ,9 dan 10 Bandar Baru Bangi, Sungai Ramal Dalam serta Sungai Ramal Luar) di Majlis Perbandaran Kajang.



Saudara boleh menghubungi saya di pejabat saya iaitu di Unit 115 A, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi No Tel : 03-8925 7049 atau melalui blog ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua wakil Anggota Majlis Perwakilan Penduduk Zon 21 yang telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada saya selama ini. Kerjasama dan bantuan tuan-tuan amat membantu saya untuk mnejalankan tugas dan amanah yang telah diberikan kepada diri yang kerdil ini.

Blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Zon 21 yang bertujuan untuk meningkatkan semangat kejiranan dan keselesaan penduduk setempat.

Sila beri pendapat, cadangan dan kritikan membina saudara untuk kebaikan kita bersama.

Terima kasih dan wassalam.

No comments:

Post a Comment