Friday, November 20, 2009

Lawatan Tapak Bersama Kontraktor Sampah

Satu lawatan tapak telah dilakukan bersama Pengawas MPKj, En. Yusni serta kontraktor-kontraktor berkenaan ke Taman Seri Melur, Seksyen 7, 8 dan 9 Bandar Baru Bangi. Di Taman Seri Melur beberapa masalah telah di kenalpasti termasuk rumput tidak dipotong mengikut jadual, longkang tersumbat, sampah haram dan penggunaan premis untuk tujuan yang tidak sesuai di kawasan taman perumahan. Di Seksyen 8 terdapat beberapa lokasi yang rumput tidak dipotong serta sampah pukal yang tidak dibersihkan oleh pekedai telah diambil perhatian untuk tindakan lanjut oleh pihak kontraktor dan MPKj. Sementara itu di Seksyen 9, beberapa pengusaha restoran telah ditegur tentang tahap kebersihan lorong di belakang kedai masing-masing. terdapat juga kes rumput yang tidak dipotong mengikut jadual. Kontraktor telah dimaklumkan dan akan mengambil tindakan seberapa segera.

Saya mohon kerjasama penduduk untuk pantau kontraktor di kawasan masing-masing dan membuat aduan sekiranya kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh kontraktor tidak mengikuti spesifikasi. Contohnya sampah mesti dikutip 3 kali seminggu dan rumput dipotong 2 minggu sekali.

1 comment:

  1. Tahniah di atas perlantikan semula sebagai Ahli Majlis MPKj 2010-2011.

    ReplyDelete